KUALA LUMPUR 6 Sept. – Keputusan MCA untuk menggunakan logo parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong tidak akan melunturkan keutuhan Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya mengucapkan syabas kepada MCA kerana bertindak berani untuk menggunakan logo parti dalam PRK ini. “Sebagai Pengerusi BN, saya yang memberi kebenaran sepenuhnya kepada permintaan MCA untuk menggunakan logo parti,” katanya ketika berucap selepas melawat Bilik Gerakan MCA…










