MBPJ lancar Kempen Hapuskan Tikus - Utusan Malaysia

MBPJ lancar Kempen Hapuskan Tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 6 Sept. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan Kempen Hapuskan Tikus bermula hari ini hingga 20 September ini bagi mengurangkan populasi haiwan perosak itu di tujuh lokasi sekitar bandar raya tersebut.

Lokasi tersebut adalah di Pasar Awam Seksyen 17/1A, Pasar Seri Setia SS9, Pasar Kampung Cempaka, Pasar Taman Megah, Kompleks Pasar Taman Dato’ Harun, Pasar Besar Jalan Othman, Pasar Awam Seksyen 14 dan Taman Selera Jalan Othman.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pemilihan lokasi tersebut dibuat berdasarkan persekitaran yang mempunyai banyak sumber makanan haiwan perosak itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MBPJ turut bekerjasama dengan penjaja dan kontraktor pembersihan dengan mengedarkan perangkap tikus.

“Setiap tikus yang berjaya ditangkap akan dibayar sebanyak RM3 sepanjang kempen dijalankan,” katanya ketika berucap merasmikan kempen tersebut di sini hari ini.

Tambah Mohd. Azizi, beliau menyeru orang ramai mengutamakan kebersihan di kawasan perumahan dan premis perniagaan supaya

tidak menjadi tempat pembiakan tikus yang boleh mencemar imej bandar raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini