Mayat warga Singapura ditemukan di tepi sebuah rumah - Utusan Malaysia

Mayat warga Singapura ditemukan di tepi sebuah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki warga Singapura ditemukan di tepi sebuah rumah di Jalan Rentaka 2, Taman Sri Tebrau, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mayat lelaki berusia 48 tahun itu dijumpai seorang wanita yang tinggal berhadapan rumah terbabit ketika hendak keluar bekerja kira-kira pukul 5.30 pagi.

Katanya, berdasarkan keadaan mayat dan kesan tayar berhampiran mangsa, pihaknya percaya mangsa mati di tempat lain, sebelum dibawa dan ditinggalkan di kawasan itu pada awal pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada kecederaan luaran dikesan pada mayat itu, namun terdapat dokumen pengenalan diri iaitu passport dijumpai di dalam beg sandangnya.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini