Mayat wanita warga emas ditemui dalam tangki najis - Utusan Malaysia

Mayat wanita warga emas ditemui dalam tangki najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Mayat seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu di temui di dalam tangki najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini hari ini.

Mangsa, Faridah Hashim, 63, yang ditemui mati dipercayai akibat dibunuh ditemui oleh seorang lelaki kira-kira pukul 2.40 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA. Anbalagan yang ditemui pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi menjelaskan pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Difahamkan, pada ketika ini pihak forensik Polis Diraja Malaysia bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri sedang berusaha mengeluarkan mayat. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN