KOTA TINGGI 11 Sept. – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini yang dikoordinasikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menemukan seorang daripada dua mangsa yang lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar, dekat sini, semalam. Mayat Muhammad Norhakimi Rehab, 18, yang memakai baju berwarna biru ditemui terdampar oleh anggota SAR pada pukul 5.50 pagi kira-kira 500 meter dari Pangkalan Hadapan Carilamat. Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Kepten Maritim…










