Mayat remaja kedua ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat remaja kedua ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 11 Sept. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menamatkan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) selepas menemukan mayat kedua petang ini selepas mangsa lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar, dekat sini semalam.

Mayat Nor Rahimi Fithri Ismail, 19, ditemukan berhampiran lokasinya mandi pada pukul 2.40 petang.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, mayat tersebut dibawa ke hospital untuk bedah siasat setelah disahkan oleh keluarga mangsa.

“Ekoran penemuan kedua-dua mayat yang hilang dan lemas pada hari ini, maka kita telah menamatkan operasi SAR pada pukul 2.45 petang,” katanya.

Semalam, Nor Rahimi bersama-sama rakannya, Muhammad Norhakimi Rejab, 18, dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Pantai Batu Layar.

Mayat pertama iaitu Muhammad Norhakimi ditemukan pukul 5.50 pagi sebelum mayat Nor Rahimi Fithri ditemukan kira-kira lapan jam kemudian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN