BESUT – Mayat seorang nelayan yang terjatuh dari bot pada Isnin lalu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat di perairan Tanjung Basi berhampiran Pulau Perhentian dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mayat Mohamad Azmi Adam, 19, ditemui pada hari kelima operasi mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi. “Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Pantai Genting, Tumpat, Kelantan dijumpai tidak jauh dari…










