Maut bertembung bas ekspres - Utusan Malaysia

Maut bertembung bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 12 Sept. – Seorag lelaki terbunuh selepas kereta Honda City dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Arung, Jalan Paloh Hinai, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, identiti mangsa berusia 40 tahun yang belum dikenal pasti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi penumpang kereta berkenaan, wanita berusia 40 tahun mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat orang awam.

“Anggota mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa.

“Bas ekspres itu tiada penumpang manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, di sini hari ini.

Wan Samsul Effendi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk tindakan susulan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN