Mati terperosok bawah treler - Utusan Malaysia

Mati terperosok bawah treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Tiga termasuk dua beradik maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler tanpa muatan di Kilometer 44.5, Jalan Ipoh-Taiping dekat Kati di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, pemandu kereta jenis Nissan Sunny, Muhammad Asyraf Hamdan Al Fikri, 27, dan adiknya, Muhammad Irfan, 17, serta anak saudara mereka, Muhammad Amirul Fahmi Samsudin, 12, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superitendan Zahiri Hassan berkata, siasatan awal mendapati, treler yang dipandu seorang lelaki sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Siput menghala ke Kuala Kangsar manakala kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa datang dari arah bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, pemandu treler tersebut mendakwa dia cuba mengelak binatang yang melintas sehingga menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan.

“Akibatnya, treler itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dinaiki mangsa. Kemala­ngan itu mengakibatkan kereta berkenaan terpe­rosok ke bawah kenderaan berat itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini