KUALA KANGSAR – Tiga termasuk dua beradik maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler tanpa muatan di Kilometer 44.5, Jalan Ipoh-Taiping dekat Kati di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, pemandu kereta jenis Nissan Sunny, Muhammad Asyraf Hamdan Al Fikri, 27, dan adiknya, Muhammad Irfan, 17, serta anak saudara mereka, Muhammad Amirul Fahmi Samsudin, 12, meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemangku Ketua Polis Daerah…











