FRANKFURT, Jerman – Nilai mata wang kripto seperti Bitcoin dan lain-lain bentuk mata wang digital menjunam sebanyak 80 peratus sejak Januari lalu dengan jumlah kerugian sebanyak AS$640 bilion (RM2.7 trilion), menurut analisis industri semalam, lapor MailOnline. Mata wang kripto pernah dilihat sebagai komoditi terlaris dalam pasaran kewangan tetapi kini telah mencetuskan perbandingan dengan spekulasi Dot-Com pada hari-hari awal kewujudan internet pada tahun 2000. Penemuan itu dibuat oleh sebuah firma yang…










