Mat Sabu jadi taruhan malam pengundian awal - Utusan Malaysia

Mat Sabu jadi taruhan malam pengundian awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Menjelang pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia esok, jentera Pakatan Harapan (PH) akan mempertaruhkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebagai penggempur terakhir kempen pada malam ini.

Calon PH untuk kerusi itu, Halimey Abu Bakar berkata, Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu akan hadir ke sesi ceramah yang diadakan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya dekat sini.

Menurut beliau, beberapa sesi ‘tinjauan mesra’ yang telah dijalankan jentera PH sebelum ini mampu menarik sokongan pengundi awal yang melibatkan seramai 2,770 orang iaitu 2,597 daripadanya merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan manakala baki 173 pengundi adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk kempen, saya sudah berbincang dengan pihak PDRM dan ATM untuk mengadakan sesi tinjauan mesra di kawasan-kawasan membabitkan pengundian awal.

“Insya-Allah pada malam ini, Mat Sabu akan turun berkempen dalam sesi ceramah kita,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH bagi DUN berkenaan dekat sini hari ini.

Anggota ATM serta pasangan akan mengundi di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang dekat sini manakala anggota PDRM pula di Kompleks SMS PDRM dekat sini.

Pusat pengundian mula dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini