Mat Sabu di AS sempena lawatan kerja bersama PM - Utusan Malaysia

Mat Sabu di AS sempena lawatan kerja bersama PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu kini berada di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja dan mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 25 hingga 29 September ini.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, Mohamad Sabu yang turut dikenali dengan sapaan Mat Sabu dan isteri, Normah Alwi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles semalam dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya Setiausaha Pertahanan AS, James Norman Mattis.

“Lawatan kerja Mat Sabu ke Washington DC adalah merupakan susulan kepada pertemuan beliau dengan Mattis di Singapura pada Jun lepas. 

“Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk menyambung perbincangan berkaitan dengan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di samping mengekalkan hubungan dua hala Malaysia dan AS,” menurut kenyataan itu.

Semasa di New York pula Mat Sabu dijadual menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi berhubung ‘Action For Peacekeeping’.   

Turut mengikuti lawatan kerja itu ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan pegawai-pegawai kementerian berkenaan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN