PUTRAJAYA 10 Sept.- Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan mengadakan pertemuan bersama aktivis mahasiswa yang mengadakan protes di hadapan Kementerian Pendidikan minggu lalu pada Rabu ini.
![]() |
|
MASZLEE MALIK
|
Menurut Maszlee, pertemuan itu dijangka berlangsung pada pukul 6.30 petang.
“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk bertemu wakil kumpulan itu iaitu Ashreeq Ali pada 8 September lalu.
“Justeru, perjumpaan telah ditetapkan untuk diadakan pada 12 September pada pukul 6.30 petang dan telah pun dipersetujui oleh Saudara Asheeq,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE












