KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberi jaminan akan bertemu dengan kumpulan mahasiswa yang mengadakan protes perlantikan beliau sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya malam semalam, pada hari Rabu depan. Beliau berkata, keputusan itu diambil memandangkan dirinya kini di Sarawak selama tiga hari atas urusan lawatan kerja dan tidak dapat memenuhi permintaan kumpulan mahasiswa berkenaan yang mahu bertemu secara berkemuka secepat mungkin.…










