Maritim tahan 2 kapal asing - Utusan Malaysia

Maritim tahan 2 kapal asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Sept. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki dan sebuah kapal penangkapan ikan di perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam kerana bersauh melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten (M) Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki (MT) Sentek 33 dan kapal penangkapan ikan (FV) Fuyuanyu 677 itu ditahan pukul 4.05 petang, kira-kira 6.6 kilometer dari Tanjung Penyusup, Pengerang.

“Sewaktu pemeriksaan, kapal FV FUYUANYU 677 yang berdaftar di China dan membawa 11 anak kapal warga China berusia antara 28 tahun hingga 50 tahun sedang bersauh dan menerima minyak disyaki jenis marine gas oil (MGO) daripada MT SENTEK 33.

“Kapal MT SENTEK 33 yang berdaftar di Singapura membawa tujuh anak kapal warga Indonesia, Singapura dan Myanmar yang berusia antara 28 tahun hingga 69 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN