MEXICO 7 Sept. – Diego Maradona telah dilantik menjadi jurulatih kelab liga Mexico divisyen kedua, Dorados, demikian laporan media tempatan. Kelab tersebut telah mengeluarkan satu video pendek di saluran media sosial dengan mesej ‘Selamat Datang Diego’. Bagaimanapun tiada maklumat terperinci diperoleh berkaitan Dorados dan akhbar Mexico hanya melaporkan bahawa Maradona dilantik bagi menggantikan Francisco Gamez. Dorados memecat Gamez pada Khamis lalu selepas permulaan hambar dipamerkan oleh kelab berkenaan selain menghuni…










