KUALA LUMPUR 1 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikekalkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Beliau mengumumkan perkara tersebut sambil berjanji akan memberi bantuan secukupnya kepada kementerian yang diketuai menterinya, Rina Harun itu sekiranya memerlukan keperluan tertentu seperti pengambilan pegawai, bekerjasama dengan pihak luar atau apa-apa sahaja. Tegas beliau, kelebihan itu diberikan kerana tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul Kementerian Pembangunan Luar Bandar…










