Mara gagal bangun tanah rizab Melayu - Utusan Malaysia

Mara gagal bangun tanah rizab Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 6 Sept. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah rizab Melayu bagi memperkasa ekonomi bumiputera didakwa telah gagal melaksanakan tanggungjawab itu.

Abdul Aziz Abdul Rahman
ABDUL AZIZ

Pengamal undang-undang, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, Seksyen 36 Akta Mara 1966 jelas menyatakan perkara itu tetapi sejak tahun 1966 hingga 2018, tidak ada satu pun projek yang dibangunkan di tanah rizab Melayu.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak mengambil berat tentang isu itu sehinggalah ia dilupakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Banyak cakap kosong, kata nak tolong tapi bila sampai masanya tiada yang tolong. Ini yang menyedihkan.

“Pemimpin dahulu fikir satu cara untuk tolong Melayu ialah dengan membangunkan tanah rizab Melayu dan amanah itu telah diberikan kepada mereka (Mara) tetapi tidak dibuat,” dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini