Mangsa gempa bumi di Utara Jepun meningkat - Utusan Malaysia

Mangsa gempa bumi di Utara Jepun meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 8 Sept. – Angka kematian disebabkan oleh gempa bumi yang menyebabkan tanah runtuh di Utara Jepun meningkat kepada 35, selepas ratusan ribu penyelamat meredah lumpur mencari mangsa terselamat.

Kebanyakkan yang maut daripada perkampungan kecil di Atsuma, merupakan kawasan lereng bukit yang runtuh akibat kekuatan gempa bumi 6.6 magnitud.

Penyiar rasmi tempatan, NHK melaporkan, 35 maut dengan kira-kira lima masih lagi tidak ditemukan di bandar tersebut.

Sementara itu, menurut pihak berkuasa Pulau Hokkaido, lebih 600 mengalami cedera ringan.

Dalam insiden ini, sebanyak 40,000 penyelamat, termasuk Angkatan Pertahanan diri yang digubal secara khusus, mencari mangsa yang selamat dengan bantuan jentolak, anjing sniffer dan 75 helikopter. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN