PUTRAJAYA 21 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia masyarakat barat yang turut merangkumi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis. Perdana Menteri berkata, meskipun ada pembentangan mengenai perkara itu daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( Suhakam) namun nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat barat. “Sistem nilai kita tidak sama dengan barat, kita tidak boleh terima LGBT serta perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya