HARAPAN skuad bawah 16 tahun (B-16) negara untuk mara ke peringkat suku akhir tipis apabila pengadil perlawanan melayangkan kad merah yang disifatkan tidak masuk akal sehingga menyebabkan anak-anak buah Lim Teong Kim tewas 2-4 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan A Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Tonggak utama negara, Luqman Hakim Shamsudin dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Omar Mohamed Ahmed Hassan Al-Ali selepas penyerang itu dipersalahkan ketika pergelutan mendapatkan bola dengan pemain pertahanan Thailand, Kittichai Yaidee…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya