Malaysia tewas kepada Thailand 2-4 - Utusan Malaysia

Malaysia tewas kepada Thailand 2-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia berdepan tugas getir dalam misi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 selepas tewas 2-4 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan A hari ini.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Thailand yang tewas 2-5 kepada Jepun pada aksi pembukaan Khamis lepas, bermula garang apabila berjaya membolosi gawang negara untuk mendahului seawal minit ketiga menerusi jaringan Mueanta Suphanat.

Masih segar dengan kejayaan membenam Tajikistan 6-2, skuad bimbingan ketua jurulatih Lim Teong Kim bangkit menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian hasil tandukkan Luqman Hakim Shamsudin menewaskan penjaga gol lawan, Anucid Taweesri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad muda ‘Gajah Putih’ itu kemudian kembali memperkemaskan permainan dengan beberapa gerakan menarik sebelum Suphanat sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-21 sekali gus memberi Thailand kelebihan mendahului 2-1 sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, beberapa perubahan strategi dilakukan Teong Kim membuahkan hasil apabila Malaysia sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Firdaus Kaironnisam pada minit ke-48. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini