SHAH ALAM 3 Sept (Bernama) – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira faktor situasi ekonomi negara yang tidak kukuh buat masa ini. “Kita (Malaysia dan Singapura) telah mencapai kata muafakat bagaimana kita dapat menyelesaikan pertindihan projek ini…dengan keadaan ekonomi,…










