PADA awal tahun ini, saya membuat tiga ramalan utama mengenai landskap e-dagang di Asia Tenggara. Kini, beberapa bulan sebelum berakhirnya 2018, dua daripada tiga ramalan tersebut telah pun berjaya dicapai. Satu darinya ialah China akan meningkatkan pelaburannya ke dalam ekonomi digital Asia Tenggara. Ini amat jelas dengan penglibatan Alibaba dalam ekonomi digital rantau ini. Pada Februari lalu, Alibaba meningkatkan pelaburannya ke Asia Tenggara melalui Lazada dengan tambahan pelaburan sebanyak RM8…










