Malaysia komited kekalkan lebih 50 peratus kawasan hutan asli - Utusan Malaysia

Malaysia komited kekalkan lebih 50 peratus kawasan hutan asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Malaysia komited dalam usahanya untuk mengekalkan kawasan hutan aslinya yang merangkumi lebih 50 peratus keseluruhan kawasan daratannya seperti yang diikrarkan pada Sidang Kemuncak Bumi PBB Rio 1992, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Beliau berkata, semua kawasan kelapa sawit di negara ini diusahakan di kawasan tanah yang dikhususkan sebagai bank tanah untuk pertanian di bawah kerajaan negeri atau tanah diberi hak milik dan bukannya ditanam di kawasan rizab hutan kekal.

“Oleh itu tiada penebangan hutan dilakukan atau dibenarkan di kawasan rizab hutan kekal,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Minyak Sawit Mampan Antarabangsa (IPOSC) 2018 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Teresa berkata, jabatan perhutanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menggunakan imej satelit dan pemetaan digital untuk memantau dan menguruskan kawasan hutan mereka.

Beliau berkata, semua agensi perhutanan juga memiliki Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan turut menggunakan teknologi canggih seperti alat pengesan ‘Light Detection and Ranging” serta sistem ‘Hyperspectral’ untuk memudahkan mereka menjalankan tugas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini