Malaysia bertegas tidak benarkan perkahwinan sejenis - Fuziah - Utusan Malaysia

Malaysia bertegas tidak benarkan perkahwinan sejenis – Fuziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Malaysia sebagai sebuah negara Islam, mempunyai sistem perundangan sendiri yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis di kalangan  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

“Saya amat bersetuju dengan kenyataan perdana menteri mengenai LGBT, memang menjadi pendirian kita yang tidak bersetuju dengan perilaku LGBT untuk diterima ke dalam komuniti Malaysia,” katanya pada majlis bersama Wanita PKR di HMD Villa, Kampung Lubok Temiang di sini pada Sabtu malam.

Beliau berkata, meskipun kerajaan tidak membenarkan apa-apa amalan dan budaya perkahwinan sejenis, golongan ini tidak boleh didiskriminasi atau dipinggirkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup sendiri … kita perlu mengambil dua pendekatan untuk menangani isu ini, satu daripadanya adalah pencegahan, dan satu lagi, apabila mereka terjebak di dalamnya, kita pulihkan mereka,” kata Fuziah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan apabila kerajaan ‘menghulurkan tangan’ untuk memulihkan mereka, itu bukanlah bermakna pengiktirafan terhadap budaya dan perilaku LGBT. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini