SEPANG – Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) supaya skuad hoki lelaki negara, yang muncul naib juara Sukan Asia 2018, memperoleh slot automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pasukan naib juara Sukan Asia mesti diberi keutamaan untuk layak secara automatik selepas Jepun, selaku tuan rumah Sukan Olimpik menjuarai temasya Sukan Asia 2018. Pada final, Jepun mengalahkan Malaysia 3-1…










