KUALA LUMPUR 1 Sept. – Tempoh tax holiday dinikmati rakyat selama tiga bulan berikutan penetapan sifar peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berakhir semalam. Bermula hari ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikembalikan semula bagi menggantikan GST yang dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan selepas sistem percukaian itu mula dilaksanakan sekitar tahun 2015. Sekiranya GST sebelum ini ditetapkan pada kadar enam peratus, SST pula terbahagi kepada beberapa kadar iaitu barang dikecualikan cukai,…










