Majikan perlu benarkan pekerja keluar mengundi esok - SPR - Utusan Malaysia

Majikan perlu benarkan pekerja keluar mengundi esok – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan para majikan memberi waktu yang munasabah kepada pekerja bagi memastikan mereka dapat keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia esok.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, jika majikan menghalang pekerjanya untuk keluar mengundi, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan berdepan denda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama satu tahun jika sabit kesalahan.

“Peringatan ini berikutan sebahagian pengundi yang bekerja dalam sektor swasta berkemungkinan bekerja memandangkan kebanyakkan kilang-kilang dan syarikat beroperasi pada hari esok.

“Selain itu, SPR juga mengingatkan semua pihak bahawa pada hari mengundi tiada sebarang aktiviti berkempen boleh dilakukan terutamanya aktiviti merayu undi termasuklah di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Othman menasihatkan kepada pekerja-pekerja parti dan pengundi supaya mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan oleh SPR serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perjalanan proses pengundian bagi PRK ini berjalan lancar, aman serta harmoni. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN