Polis memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti bermain kutu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun. Amaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook Cyber Crime Alert menjelaskan, orang ramai berisiko untuk ditipu pada bila-bila masa kerana terdapat beberapa kes ibu kutu atau penganjur…










