Mahkamah Singapura pulangkan wang 1MDB, SRC - Utusan Malaysia

Mahkamah Singapura pulangkan wang 1MDB, SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Mahkamah Singapura telah meluluskan perintah pelupusan terhadap wang yang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan atau anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd.

Peguam cara mewakili kerajaan Malaysia dan Kumpulan Syarikat 1MDB, Tan Rajah & Cheah dalam satu kenyataan menjelaskan, wang yang dikembalikan membabitkan pelbagai mata wang bernilai kira-kira S$15.3 juta (RM46 juta).

“Wang tersebut dipindahkan ke sebuah akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

“Usaha untuk mengesan aset-aset lain yang diselewengkan (daripada syarikat itu) juga sedang dilaksanakan,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN