IBADAH. Seramai 30 peserta terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan menyertai program amal ibadah korban peringkat antarabangsa di Kemboja dan Vietnam baru-baru ini. Program itu diadakan dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab. Pengarah projek, Nurul Norhazirah Suziman berkata, selain menjalankan ibadah korban, mereka turut mengadakan program pembersihan masjid dan kebersihan diri serta sukaneka. “Program tersebut…










