Lynas kesal terus jadi mangsa kritikan - Utusan Malaysia

Lynas kesal terus jadi mangsa kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 28 Sept. – Lynas Corporation Ltd. (Lynas) kesal apabila kilang berkenaan yang terletak di kawasan perindustrian Gebeng di sini terus menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak selepas beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze berkata, kebanyakan kritikan dilemparkan adalah tidak tepat dan lebih bersifat mahu mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Kita sudah melakukan pelbagai penambahbaikan daripada aspek operasi dan mematuhi setiap peraturan ditetapkan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Komitmen Lynas sejak memulakan operasi di sini adalah jelas dan kami ingin menjadi loji memproses nadir bumi bertaraf dunia dengan menekankan aspek pengurusan sisa secara les­tari,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Menurut Lacaze, pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan pengiktirafan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai bukti operasi kilang berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan dan selamat.

“Pihak pengurusan Lynas juga sentiasa memantau kadar pelepasan radiasi yang didakwa boleh mendatangkan kesan negatif terhadap penduduk sekitar kawasan perindustrian itu.

“Keselamatan komuniti setempat sentiasa menjadi keutamaan. Kami sentiasa memantau dan merekodkan kadar bacaan radiasi di kawasan antara satu kilometer (km) hingga 20 km dari kilang bagi memastikan radiasi dihasilkan tidak menjejaskan kesihatan dan kese­lamatan penduduk,” jelasnya.

Tambahnya, semua komitmen itu sebagai bukti kesungguhan Lynas dalam menjaga kepentingan semua pihak di samping memastikan operasi kilang memberi manfaat kepada semua terutama penduduk sekitar.

“Sejak beroperasi pada 2011, Lynas membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 700 penduduk tempatan dalam pelbagai bidang kemahiran sekali gus membantu merancakkan ekonomi di negeri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini