LONDON 6 Sept. – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu bahawa pasukannya masih berada dalam suasana pra musim biarpun telah meraih empat perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika ini. The Reds memulakan kempen musim ini tanpa kekalahan biarpun kebanyakan pemain mereka baharu bersama selepas tidak menyertai kelab itu sewaktu aksi pra-musim kerana Piala Dunia. Klopp meletakkan pemain mereka dengan latihan berganda bagi mendapatkan prestasi terbaik agar dapat memulakan musim ini dengan cemerlang.…










