Lima mayat ditemukan di Perth - Utusan Malaysia

Lima mayat ditemukan di Perth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 9 Sept. – Seramai lima mayat termasuk seorang kanak-kanak ditemukan di sebuah rumah di Australia Barat hari ini.

Para penyiasat bergegas ke rumah terbabit di pinggir Perth selepas seorang lelaki, berusia 20-an, menyerah diri di balai polis.

“Lelaki terbabit ditahan dan disoal siasat bagi membantu siasatan polis. Tidak ada sebarang amaran berhubung keselamatan penduduk tempatan ekoran insiden itu,” menurut polis dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Umur dan jantina mayat dijumpai tidak didedahkan. Polis juga belum mengenalpasti bagaimana kesemua mangsa itu mati dan hubungan mereka dengan lelaki tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN