Lima anggota polis dicekup terima suapan rumah urut - Utusan Malaysia

Lima anggota polis dicekup terima suapan rumah urut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Sept.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima pegawai dan anggota polis selepas dipercayai meminta rasuah daripada pengusaha premis urut haram di Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 45 tahun itu berpangkat Asisten Superintenden, Inspektor, Sarjan dan juga Lans Koperal.

“Suspek pertama ditahan dirumah urut berkenaan kira-kira pukul 11.20 pagi manakala empat lagi ditahan di SPRM cawangan Sungai Petani selepas hadir memberikan keterangan.

“Hasil maklumat dan risikan mendapati kesemua suspek telah meminta wang rasuah RM4,000 daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, kelima-lima suspek ditahan reman selama lima hari untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN