KUALA LUMPUR 27 Sept. – Orang muda perlu dilihat sebagai rakan strategik kepada kerajaan khususnya untuk mendapatkan input-input berkaitan pembangunan negara. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, jika sebelum ini kerajaan lebih menumpukan kepada bagaimana cara untuk menyelamatkan mereka daripada gejala songsang, kini sudah tiba masanya peranan orang muda diangkat selaras dengan kemampuannya. “Apa yang kita mahu buat adalah selain daripada memupuk nilai-nilai murni, kerajaan juga…










