LGBT: Kutuk tapi kongsi - Utusan Malaysia

LGBT: Kutuk tapi kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA perasan ramai yang menyatakan tentangan terhadap amalan gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tetapi berkongsi gelagat LGBT dalam media sosial khususnya aksi menarik perhatian dan promosi produk.

Sebelum ini kisah seorang pondan yang mahu bertaubat hebat dikongsi dan perkara baik sebegini memang patut disebarkan. Namun, selepas lelaki pondan itu kembali ke gaya hidup songsang, kisahnya masih juga dikongsi sekalipun sekadar menghina dan mengutuk.

Saya ingin sarankan pengguna media sosial janganlah berkongsi kisah-kisah LGBT yang menghina atau mempromosikan gaya hidup mereka. Kongsilah hanya kisah-kisah taubat dan kembali ke pangkal jalan.

Apa guna kongsi penghinaan dan ‘promosi dosa’ kerana hanya akan menguatkan lagi perjuangan menghalalkan gaya hidup songsang di negara ini. Biarlah kisah hitam mereka kekal dalam bayang-bayang, kita cuma cerahkan kisah-kisah baik sahaja.

Saya juga ada rakan yang ‘bersifat’ LGBT ini tetapi mereka tidak mahukan promosi macam sesetengah individu melakukan perkara bodoh dan menyakitkan hati semata-mata untuk menempa nama dan menjual produk.

Berfikir sebelum kongsi. Hentikan berkongsi bahan-bahan berkaitan LGBT selain perkara menginsafkan kepada golongan mereka dan semua umat Islam.

LONG HANA

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN