KUALA LUMPUR 27 Sept. – Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan mempertimbangkan tempoh pembayaran levi bagi lanjutan pekerja asing bernilai RM10,000 kepada tiga tahun daripada hanya setahun. Presiden FMM, Datuk Soh Thian Lai berkata, pertimbangan cadangan itu mengambil kira majikan mungkin tidak dapat mengekalkan pekerja asing berkemahiran mereka, malah terpaksa mencari tenaga kerja baharu. “Sangat sukar bagi majikan untuk menanggung kos ini. Oleh itu, kami ingin mencadangkan kerajaan supaya melanjutkan…










