Lesbian disebat ikut undang-undang - Utusan Malaysia

Lesbian disebat ikut undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) menegaskan hukuman sebat terhadap dua wa­nita yang didapati bersalah atas pertuduhan cuba melakukan hubungan sejenis di Terengganu pada Isnin lalu dilaksanakan mengikut peruntukan enakmen undang-undang syariah di negara ini.

IBRAHIM
IBRAHIM

Presiden PPSM, Ibrahim Deris berkata, hakim bicara dalam kes tersebut telah menjalankan proses perbicaraan, pensabitan, proses menjatuhkan hukuman dan proses pelaksanaan hukuman secara tertib dan teratur berdasarkan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001.

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan kedua-dua wani­ta itu adalah di bawah subseksyen 59(1) yang telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002 melalui ketetapan Sultan Terengganu.

“Kedua-dua pesalah tidak memfailkan apa-apa notis ra­yuan dalam tempoh 14 hari selepas hukuman dibaca dan pihak berkepentingan juga tidak me­nunjukkan apa-apa reaksi untuk memfailkan semakan terhadap keputusan Hakim Bicara tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN