BANGKOK 26 Sept. – Seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 45 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kerana cuba menaiki penerbangan ke Perancis menggunakan pasport palsu Malaysia. Menurut komander polis imigresen lapangan terbang, Kolonel Ploen Klinphayom, insiden itu berlaku semalam ketika lelaki itu dikenali sebagai Pirapu Tharmalingam berada di kaunter imigresen di lapangan terbang berkenaan. “Dia hendak menaiki pesawat Kuwait Airlines ke Paris melalui Kuwait City,” katanya kepada Bernama di sini…









