Lelaki parah diserang bekas kekasih - Utusan Malaysia

Lelaki parah diserang bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang juruwang kedai serbaneka 24 jam cedera parah di kepala selepas dibelasah bekas kekasihnya, wanita warga Filipina menggunakan penukul besi dalam kejadian di tempat kerja mangsa di Jalan Kapitan Keling di sini semalam.

Akibat serangan yang berlaku pada pukul 4.25 pagi itu, mangsa lelaki warga India berusia 24 tahun terpaksa dikejar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans manakala suspek wanita berusia 46 tahun pula berjaya ditangkap. Punca wanita itu mengamuk disebabkan mangsa didakwa enggan memberi wang kepada bekas kekasihnya itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pergaduhan itu bermula selepas wanita itu datang dengan membawa sebotol air lalu menyimbah ke arah mangsa yang sedang be­kerja di kedai serbaneka 24 jam tersebut.

“Mangsa berasa pedih pada matanya selepas terkena semburan itu terus lari ke asrama tempat tinggalnya yang terletak di tingkat atas kedai serbaneka 24 jam tersebut,” kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN