Lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di dadanya dalam satu kejadian di Jalan 9/3a, Pusat Bandar Utara berhampiran Pasar Borong Selayang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an ditemui di tempat kejadian oleh seorang wanita kira-kira pukul 9 malam dalam keadaan terbaring dan sudah tidak bernyawa.

“Polis yang menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut segera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat satu kesan tikaman di dadanya disyaki ditikam menggunakan senjata tajam.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang senjata tajam ditemui di sekitar kawasan kejadian tetapi sebatang kayu penyapu yang diletakkan berdekatan dengan lokasi itu telah diambil bagi tujuan analisis forensik,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN