Lelaki maut traktor masuk kolam - Utusan Malaysia

Lelaki maut traktor masuk kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas traktor yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam sebuah kolam ternakan ikan air tawar di Kilometer 2.5, Jalan Chenderiang-Kuala Dipang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu mati ditempat kejadian akibat kecederaan pada kepala.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu traktor itu ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah kebun kelapa sawit.

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, traktor yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ke dalam kolam ikan yang mempunyai kedalaman 1.5 meter.

“Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa terhentak pada traktor sebelum jentera berat itu menindihnya sewaktu dia jatuh ke dalam kolam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN