KEPALA BATAS 23 Sept. – Seorang lelaki terbunuh selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok dan terjatuh ke dalam talir air di Jalan Permatang Sintok dekat sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.44 pagi, mangsa, Mohd. Sharifuddin Md. Saad, 25, memandu sendirian dari Kepala Batas menghala Butterworth sebelum keretanya hilang kawalan dipercayai akibat mengantuk. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kereta mangsa kemudiannya tercampak ke dalam tali air di kiri jalan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya