Lelaki maut jaket termasuk ke dalam rantai motosikal - Utusan Malaysia

Lelaki maut jaket termasuk ke dalam rantai motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 7 Sept. – Akibat jaket miliknya termasuk ke dalam rantai motosikal, seorang lelaki terbunuh di Kilometer 14.8 Lebuhraya Butterworth Kulim dekat sini petang semalam.

Teh Chin Tatt, 35, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi bapanya, Teh Bah KeChee, 69, terbabas apabila jaket itu tersangkut pada rantai menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, ketika kejadian pukul 2.55 petang itu kedua-dua mereka sedang dalam perjalanan menghala Butterworth.

“Chin Tatt yang mengalami cedera parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian manakala bapanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Mayat Chin Tatt juga dihantar ke HSJ untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN