KUALA LUMPUR 23 Sept. – Malang tidak berbau.
Seorang lelaki yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikan lori maut setelah dihimpit kepala lori berkenaan dalam kejadian di Taman Industri Bolton, Selangor dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Ridzwan, 36, ditemukan maut selepas tersepit di antara kepala lori dengan kontena yang terletak bersebelahan kenderaan tersebut.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki bahagian kepala lori berkenaan yang diletakkan bersebelahan kontena.
Bagaimanapun ujarnya, kepala lori itu tiba-tiba bergerak lalu menghimpit mangsa ke kontena tersebut.
“Mangsa berjaya dibawa keluar, namun disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.











