BAGAN SERAI 14 Sept. – Seorang lelaki mati lemas setelah terperangkap di dalam kenderaannya yang terbabas ke dalam parit di Kilometer 114, Jalan Ipoh-Butterworth dekat Sungai Bogak di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 2.15 pagi itu, Muhammad Amirul Hasnor Hassan, 25, ditemukan di dalam kenderaan jenis Honda Civic yang dipandunya dan disahkan telah meninggal dunia. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata,…










