Lelaki kurang siuman bakar kedai telekomunikasi - Utusan Malaysia

Lelaki kurang siuman bakar kedai telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Seorang lelaki kurang siuman ditahan kerana disyaki menyebabkan kebakaran sebuah kedai telekomunikasi di Jalan Avenue 1A, Taman Muhibbah, Kajang dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek beruisa 50 tahun itu membakar sampah dalam premis tersebut pada pukul 5.15 pagi.

“Api marak telah menyambar tiga buah mesin pembayaran bil dan menyebabkan berlaku kebakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki yang juga gelandangan ditangkap kira-kira pukul 4 petang tadi di kawasan pekan Kajang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffar, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini